Wednesday, December 23, 2009

Kawen - Natjah + Hadi ( Marang, Terengganu)

Pasangan pengantin 12/12/2009
kali ini ke Marang, Terengganu.
senjak berjinak2 dalam "wedding Photography" ini
banyak tempat2 yg telah lawati, dari timur sampai la ke barat.
pergambaran kali ini sekitar masjid kristal, Pulau duyong
tugasan yang amat mencabar merakam gambar di waktu malam,
walau bagaimana pun inilah hasilnye






Tuesday, December 22, 2009

Zuriati & Aizat (Puchong)

Kali ini,pergambaran outdoor pasangan Zuriati & Aizat
yang diadakan di PutraJaya
pertama kali berpeluang mengambil gambar pada waktu senja dan malam
amat mencabar sekali, tetapi saya amat teruja
dengan hasil yang dapat saya rakamkan
terima kasih kepada Zuriati & Aizat yang sempoi sekali
jom layar....






Saturday, December 19, 2009

Wedding : Faizul & Noorsuzilawaty (Taiping)

Kali ini pasangan dari Taiping
Mohd Faizul Izham & Noorsuzilawaty
majlis yang diadakan pada Ahad, 6hb Dec.09 yang lalu
sedikit berkenaan dengan Pengantin lelaki ini, adalah adik kepada
pasangan saya yang pertama, dan merupakan kawan saya jugak
terima kasih kepada Boy memberi kepercayaan kepada kami

Thursday, December 10, 2009

Kalendar eksklusif 2010

Dengan kesibukan hujung tahun ini
saya berkesempatan untuk memperkenalkan
product terbaru untuk 2010 nanti,
dengan kalendar tahun baru akan di serikan dengan
gambar-gambar dan wajah anda.
kepada sesiapa yang berminat bolehlah hubungi saya nanti
dan kepada pelanggan saya sebelum ini,
akan menikmati harga istimewa untuk tempahan eksklusif kalendar 2010 ini
tawaran ini terhad sahaja, siapa cepat dia dapat.
saiz kalendar 2010
lebar 15.5 cm
tinggi 23 cm



Thursday, November 26, 2009

Salam Aidil Adha

Salam Semua,
jumpa lagi kita kali ini,
dihari raya Aidil Adha 2009
semoga segala pengorbanan kita diterima dan diberkati Ilahi
di sini saya dan ahli keluarga ingin
mengucapkan selamat hari Raya Aidil Adha
kepada semua pembaca blog ini
yang balik kampung tu, berhati-hati dijalan raya



Saturday, November 7, 2009

Harrish 1 year old

Hai... semua
kali ini apa yang dijanji kan
birthdayparty untuk Harrish
yang diadakan di Melia Hotel KL
ini kali ke2 saya di Melia Hotel untuk Shoot Birthday Party
tema birthday party kali ini Bola sepak
semua jemputan memakai baju pasukan kesayangan nye
family harrish telah memilih Liverpool
birthday kek "padang bola"
Harrish
Dewan
best friends Amma harrish

Monday, October 26, 2009

My Son

Kali ini, Aqil menjadi model bagi koriee
kasian Aqil kena tembah dengan papa dia,
sampai terbaring dibuat nya
apa2 pun Aqil nampak happie je
* note: next week ada function 1year birthday boy, ambil mood skit dgn anak sendiri

Friday, October 23, 2009

Nurul & Haiful "masjid Al-Ghufran, TTDI"

Salam semua, satu lagi majlis perkahwinan pada 10/10/2009
kali ini di Masjid Al Ghufran TTDi
pasangan Nurul & Haiful,
majlis kali ini diadakan sebelah malamnya,
dan ini adalah pertama kali shoot akad nikah pada sebelah malam,
terima kasih kepada pasangan pengantin, mempercayai koriee dan kepada kak liza.
jom layari saat2 manis mereka





Thursday, October 22, 2009

Shah & Farina- Sempoi

kali ini majlis perkahwinan farina
tahniah buat korang berdua,
walau pun majlis perkahwinan korang ringkas tp sampai jugak hajat dihati,
cukup syarat dan kau orang sah menjadi suami isteri,
aku doakan kau bahagia selalu





Saturday, October 10, 2009

Apa Ada Dgn Raya (2)

Siri ke dua hari raya tahun ini di kelantan,
selama 2 hari beraya di Melaka, kami pulang ke Kota Bharu,
bertolak mlm hari raya kedua (10.30 mlm dr KL)
sampai pulak 5 pg hari raya ke-3
kali ini, saya bertugas untuk hari keluarga (keluarga Tok Ayah Wan Man)di Nipah , Bachok kelantan.
sempat la berehat seketika setelah penat memandu dr KL
minat apa nak buat kan,
majlis ini memang seronok, setelah berkumpul satu keluarga yg besar
bermacam2 aktiviti dijalankan,
jom lihat apa yg ada di Hari Raya.....





Wednesday, October 7, 2009

Apa Ada Dgn Raya (1)

Selamat HAri RaYa Semua Umat Islam,
Hampir sebulan blog ini tak dikemas kini,
kali ini banyak cerita raya nampaknye,
tahun ini, saya & keluarga beraya di Alor Gajah Melaka,
rumah Nenek sebelah bapa mertua,
lebih kurang 3 hari jugak di sana,
ada 2,3 keluarga yg balik, mereka sama2 merasai beraya di kampung
bersama nenek, sebaik selesai solat hari raya, mereka menziarah pusara atuk,
dan pulang kerumah bergambar
inilah ahli keluarga yg pulang

ini pulak, malam raya, he...pergi jalan2 dibandar hilir

Aqil bersama kereta nye
anak abang ipar (Suri)
bersambung......... siri 2, ada apa dgn raya



Wednesday, September 16, 2009

Salam Aidilfitri 1430h

Salam semua pembaca blog koriee ini,
ketibaan hari yang mulia ini, koriee ingin mengucapkan
selamat hari Raya Aidilfitri 1430 h kepada semua umat islam
semoga Raya tahun ini membawa seribu erti dan kejayaan kepada semua
Koriee sekeluarga memohon ampun dan maaf
jika ada salah dan silapnya

Selamat hari Raya

Wednesday, September 9, 2009

Berbuka di Thai Thai sunway Piramid

Salam semua
sedar tak sedar sudah 2 minggu kita berpuasa
macam mana puasa tahun ni? persiapan raya? Kg siapa pulang beraya?
berapa baget duit raya anak buah semua?
ini adalah persoalan yang selalu bermain difikiran kita
bila tiba musim perayaan, walau apa2 pun,
pelan betul2 jangan pula bermasam muka pulak,
dan amalan berbuka puasa bersama2 teman rapat dan ahli keluarga pun tidak dilepaskan
tak kira la dirumah atau di restauran2 kat luar tu,
bagi saya setakat ini, ada berbuka dirumah kawan, dirumah sendiri dan diluar pun ada.
ini gambar yg sempat saya ambil semasa berbuka di sunway tempoh hari,
dan kepada yg belom membayar zakat fitrah, jangan buat lupa ye dan jangan tunggu di hujung ramadhan nanti, ada masa pergilah buat bayaran,
ok selamat berpuasa






Saturday, August 22, 2009

UKM Konvo. 2009

Ini adalah majlis adek perempuan saya
yg berlangsung pada 17 ogos 2009 (isnin)
majlis ini bermula pukul 8.30 pagi - 12.00 tgh hari
sempat la saya merakam suasana majlis pd hari itu
pass masuk dewan
saya dengan adek
Za dengan kawan2
Dewan Konvo
Kami sekeluarga yg datang

Thursday, August 20, 2009

Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak 1430

Kepada semua yang mengenali kami sekeluarga, sempena Ramadhan yang bakal menjelma, kami menyusun 10 jari memohon kemaafan andai ada tersalah tutur bicara dan tingkah laku. Semoga Ramadhan kali ini membawa seribu rahmat buat kita semua. amin.