Tuesday, March 31, 2009

Wedding at Bandar Baru Sentul (wifey cuz)

Sabtu & Ahad, 28 & 29 March 2009
majlis akad nikah & Bersanding
Laili Noor Hila & Ahmad Imran
majlis diadakan di bandar baru sentul,
majlis bersanding dan meyambut menantu diadakan serentak pada hari yg sama









New in My Collection

Sedikit pelaburan dalam hobi kali ini,
pelaburan yg tidak la begitu besar,
sekadar menambah koleksi,
lens 50mm ini dibeli semasa Pameran DCIM yang lalu,
kat sini beberapa hasil dari pengunaan lens ini
lihatlah hasilnye yang tak seberapa
EnjoY.......



Sunday, March 29, 2009

DCIM 2009

kepada peminat Fotografi,
Velocity Media telah membuat satu pameran untuk peminat2 fotografi
di Midvalley Exhibition Centre Hall 2
pada 27th - 29th March 2009.
pameran ini dikenali dengan DCIM 2009 (Digital Camera, Imaging, Media)
hari jumaat 27th saya tidak melepaskan peluang ini(saya juga salah seorang peminat Fotografi)
di sini beberapa gambar dari saya semasa di DCIM09

saya dihadapan pintu masuk
isteri saya di pusat pameran Nikon
Pusat pameran Canon
Epson tidak ketinggalan memperkenalkan printer terbaru saya dipusat pameran Nikon
ini gambar yg saya sempat rakamkan, banyak lagi barangan fotografi yg di pamerkan dan dijual
seperti bag, memory kad, majalah dr velocity sendiri (DCM) dan banyak lagi.
untuk kali pertama saya di Pameran seperti ini, saya tidak melepas peluang untuk mendapatkan barangan2 fotografi, nak tahu? tungu selepas pesanan penaja......



Friday, March 27, 2009

Futsal at SportPlaza PJ

Sudah lama tak main futsal,
entah la kenapa tiba-tiba join budak-budak opis main futsal malam tadi,
apa-apa pun, skarang ni dah terasa sengal-sengal otot,
semalam seramai 15 orang turun, amar meriah jugak la,
kebanyakan semalam ayam pencen (dah lama simpan kasut)
kejap je main dah keluar(termasuk saya la tu)
kat bawah boleh la tengok aksi2 kami semua,
*masa rehat curi-curi ambil gambar

Thursday, March 26, 2009

Demi masa

Salam semua,
kali ini saya saja je nak tulis pasal masa
sebab akhir2 ni masa begitu pantas dan mengcumburi kita
apa tidak nye, tik tak tik tak dah hari khamis
hampir cukup satu minggu kerja,
tak gitu
apa yg kita tahu, masa itu emas,
Betul tak?
tapi bagi saya, masa itu lebih berharga dari emas,
ia bukan lagi emas yg boleh dijual beli
tapi masa itu bagaikan nyawa
tidak boleh dijual beli,
ia akan pergi dan tetap akan pergi walaupun kita tidak mahukan nya
dan ia pergi tak akan kembali
fikir dan renungkan lah
hargai masa kita,

Tuesday, March 24, 2009

Hot Air Balloon PutraJaya

Hujung minggu yang lalu,
koriee sekeluarga menghabiskan masa di putrajaya,
seawal jam 8 pagi sudah sampai disana,bukan apa,
nak tengok hot balloon dengan mata sendiri.
memang ramai orang terutama skali photographer.
kat sini ada sedikit gambar2 yang sempat dirakam,
kerana sudah terlewat sampai.








Monday, March 16, 2009

Majlis kacau asyura 09 (KAKPEM)

Majlis Kacau Asyura sempena sambutan Maulidur Rasul 2009
Program ini dianjurkan oleh KAKPEM (Koperasi keluarga Awang Puteh Malaysia Berhad)
koperasi ini diangotai oleh keturunan Haji Awang Kemachi dan keturunan Wan Puteh Mentuan.
ia diadakan pada 15 Mac 2009 (ahad)
bertempat dirumah (mak Soh)
no 20, Jalan kent 1, off jalan semarak, Kuala lumpur.
majlis mengacau asyura bermula awal pagi jam 7.30 sampai 5.30 ptg.
sebanyak 3 buah kawah (kauli besar)
3 buah kawah Asyura dikacau di bawah kehmah
Suasana majlis Asyura

Menikmati Asyura dlm batang Pisang
membahagi Asyura ke dalam bekas

Thursday, March 12, 2009

Passion


Oleh: Irfan Khairi (jutawan internet)

Sering kali kita dinasihatkan untuk lakukan apa yang kita minat.Lakukan apa yang kita ghairah (passion)! Tetapi, mengapa? Mengapakita perlu lakukan apa yang kita minat? Mengapa kita perlu lakukankarier yang kita amat-amat sangat minat? Apa kata kita lihat dari sudut lain pula. Mengapa pula kita hendaklakukan sesuatu yang kita tidak minat? Dalam mencapai kekayaan dan kebahagian dalam hidup, ianya amatpenting untuk kita lakukan apa yang kita minat. Mulakan perniagaanyang kita mempunyai keghairahan dalam bidang tersebut. Untuk berjaya dengan cemerlang, jarang sekali kita akan jumpaseseorang yang melakukan apa yang mereka tidak minat. Pastinyausahawan jutawan yang kita kenali, semua mempunyai keghairahandalam perniagaan masing masing. Teringat saya kisah Bill Gates, salah seorang manusia paling kayadi dunia pernah berkata bahawa: "Kalau saya tidak mendapat walaupunsatu sen, saya masih lagi akan mencipta perisian komuputer!".Menunjukkan betapa ghairahnya Bill Gates dalam bidang menciptaperisian komputer. Kemudian, kita boleh lihat pengasas Dell Computers pula, MichaelDell yang menjadi bllionaire pada umur 30-an. Dell pernahmenceritakan bahawa "Ketika saya di sekolah menengah, saya membinakomputer untuk rakan-rakan secara percuma. Kerana membina komputeradalah minat saya!". Tidak dapat di nafikan lagi, keghairahan danminat Michael Dell juga membawanya kepada status billionaireseperti Bill Gates. Dan, pastinya semua mengenali Donald Trump, yang sememangnyamempunyai minat dan keghairahan pada bangunan-bangunan indah sejakkecil lagi. Kini, menjadi tycoon hartanah dengan berbagai-bagaibanggunan mewah serata dunia dalam portfolionya! Sering saya nasihatkan pelajar-pelajar universiti dan lepasanuniversiti untuk memulakan kerier dalam bidang yang mereka minat.Atau lebih baik lagi, menjadikan perniagaan yang mereka minatsebagai kerier pilihan. Ada juga yang melakukan kerja yang mereka tidak minat, tetapiterpaksa. Apa pula nasihat saya? Tidak seperti kebanyakan nasihat di luar sana, yang menagatakan"Jangan memilih kerja", nasihat saya pastinya berbunyi "Pilih kerjadengan tepat!" lakukan sesuatu yang didalam ruang minat kita sendiri. Apa yang akan terjadi sekiranya kita tidak memilih kerja dan"dipaksa" melakukan kerja yang kita tidak minat, kita sendiri akanterperangkap dalam keadaan tersebut untuk tahun-tahun yang akandatang. Terutamanya bagi muda-mudi, masih terdapat banyak ruang dan masauntuk memastikan karier yang dipilih adalah mengikut minat.Sekiranya terperangkap dalam kerier yang kita tidak minat,bahangnya akan terasa bertahun-tahun yang akan datang. Mungkin 3tahun, mungkin 5 tahun... atau mungkin 10 tahun akan datang dan dalamkeadaan itu, akan terasa pula perasaan "rugi" kalau berhenti danmelakukan sesuatu yang lain. Apa yang kita tidak mahu terjadi adalah apa yang bakal berlakudalam tahun-tahun yang akan datang. Pastinya kita tidak mahu dirikita terperangkap dalam keadaan kita siang dan malam melakukansesuatu yang kita tidak minat! Bagaimana kita hendak tahu sesuatu itu, sama ada kerier bekerjamakan kagi, atau karier sebagai usahawan menjadi keghairahan kita? Berikut adalah checklist untuk anda: * Apabila melakukan sesuatu yang kita ghairah, kita tidak sedarbetapa cepatnya masa berlalu! * Apabila melakukan sesuatu yang kita ghairah, kita rasa seronokdan gembira melakukannya! * Apabila melakukan sesuatu yang kita ghairah, kita tidak akanmerasa bosan melakukannya! * Apabila seseorang bertanya tentang perkara mengenai minat kita,kita akan mendapat sejenis tenaga dan dengan penuh keghairahanmenjawab soalan-soalan yang ditanya! * Apabila seseorang mengutuk atau mengeji perkara yang kita minatdan ghairah, kita akan rasa marah dan kita akan mempertahankannyabermati-matian! Ketika saya mengendalikan program radio saya menemubualusahawan-usahawan yang berjaya, saya pasti mendapat jawapan yangpanjang lebar apabila saya bertanya satu soalan yang pendek.Adakalanya, satu soalan pendek yang ditanya seperti "Mengapa andamemilih industri pengangkutan sebagai perniagaan?", jawapan yangdiberi tetamu sehingga memakan masa 10 minit! Menandakan betapaghairahnya tetamu saya tersebut dalam bidang perniagaan pengangkutan. Sememangnya tiada jalan lain, untuk mencapai kejayaan dalamkewangan dan juga kebahagiaan hidup, kita mesti melakukan apa yangkita minat dan ghairah. Ada juga yang melakukan apa yang merekatidak minat, tapi masih lagi memperolehi pendapatan yang lumayan.Tetapi, persoalannya adalah, adakah mereka bahagia dan seronokkerana terpaksa melakukan perkara yang tidak minat? Maka, kewanganberjaya, tetapi, kebahagiaan gagal. Semoga, kita tidak terperangkap dalam melakukan sesuatu yang kitatidak minat untuk seumur hidup kita. Lakukan keghairahan kita.



Tuesday, March 10, 2009

Kalau perempuan

Kalau perempuan lawa pendiam
Lelaki akan cakap: woow, ciri-ciri isteri idaman...
Kalau perempuan tak lawa pendiam
Lelaki akan cakap: eh tak reti komunikasi betul...
Kalau perempuan lawa berbuat jahat
Lelaki akan kata: mesti ada krisis dalaman nih...kesian
Kalau perempuan tak lawa berbuat jahat
Lelaki akan cakap: dah la tak lawa, perangai pulak huduh...
Kalau perempuan lawa menolong lelaki yang diganggu
Lelaki akan cakap: heroin sejati...!
Kalau perempuan tak lawa menolong Lelaki yang diganggu
Lelaki akan kata: taktik nak ngorat le tu...
Kalau perempuan lawa dapat lelaki hensem
Lelaki akan kata: ok gak la....
Kalau perempuan tak lawa dapat lelaki hensem
Lelaki akan kata: kesian.. mesti kena bomoh lelaki tuh!
Kalau perempuan lawa ditinggal kekasih
Lelaki akan kata: buta kayu betul mamat tu....
Kalau perempuan tak lawa ditinggal kekasih
Lelaki akan kata:... patut pun kena reject...
Kalau perempuan lawa penyayang binatang
Lelaki akan cakap: perasaannya halus... penuh kasih sayang
Kalau perempuan tak lawa penyayang binatang
Lelaki akan cakap: sesama keluarga memang harus menyayangi.. .
Kalau perempuan lawa tak mau bergambar
elaki akan cakap: pasti takut kalau-kalau gambarnya tersebar
Kalau perempuan tak lawa tak mau bergambar
Lelaki akan kata: sedar pun diri...
Kalau perempuan lawa menuang air ke gelas lelaki
Lelaki akan cakap: caring sungguh....
Kalau perempuan tak lawa menuang air ke gelas lelaki
Lelaki akan cakap: nak tunjuk caring le tu....
Kalau perempuan lawa bersedih hati
Lelaki akan cakap: dont worry.. I will make u happy forever
Kalau perempuan tak lawa bersedih hati
Lelaki akan kata: sikit-sikit nak nangis!! mengada-ngada. ..
Kalau perempuan lawa hantar-hantar email
Lelaki akan kata: sukenya....
Kalau perempuan tak lawa hantar-hantar email
Lelaki akan cakap: balik-balik email dia... boring+menyampah. .
# sumber dari email
#Moral: tepuk dada, tanya hati

Sunday, March 8, 2009

Selamat Menyambut Maulidur Rasul

Salam kepada semua umat Islam,
12 Rabiulawal merupakan hari sambutan Maulidur Rasul di Malaysia,
Sambutan Maulidur rasul untuk menperinganti Hari Keputraan Rasullullah S.A.W
marilah kita semua memperbanyakkan amalan2 sunat,
Sedikit sumber dari wikipedia.http://ms.wikipedia.org/wiki/Maulidur_Rasul
Maulidur Rasul yang jatuh pada pada hari Khamis 12 Rabiul Awal Tahun Gajah bersamaan dengan 23 April 571 merupakan hari keputeraan Nabi Muhammad s.a.w (Sallallahu Alaihi Wasallam). Baginda adalah nabi terakhir yang diutus oleh Allah Subhanahu Wataala. Tapak kelahiran baginda pula kini mempunyai satu bangunan kecil yang dikenali sebagai Maulid Nabi.
Setiap tahun pada hari itu, umat Islam di seluruh dunia akan mengadakan majlis memperingati keputeraan Nabi Muhammad s.a.w dengan mengadakan beberapa acara seperti perarakan, ceramah dan sebagainya. Banyak kelebihan dan keistimewaan yang akan dikurniakan oleh Allah Subhanahu Wataala kepada mereka yang dapat mengadakan atau menghadiri majlis Maulidur Rasul.
Kita dapat lihat betapa besarnya kelebihan orang yang memuliakan majlis keputeraan Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam, kerana bila berniat sahaja hendak mengadakan Maulud Nabi, sudah pun dikira mendapat pahala dan dimuliakan. Sememangnya bernazar untuk melakukan sesuatu yang baik merupakan doa dan dikira amal salih.
Jelas kepada kita bahawa pembalasan Allah Subhanahu Wataala terhadap kebaikan begitu cepat sehinggakan terdetik sahaja di hati hendak berbuat kebaikan, sudah Allah Subhanahu Wataala akan memberi pembalasan yang tiada ternilai. Seseorang yang beriman, kuat bersandar kepada Allah, ketika di dalam kesusahan dia tetap tenang dan hatinya hanya mengadu kepada Allah dan mengharapkan pertolongan dan kasih sayang Allah Subhanahu Wataala.
Keberkatan mengadakan Majlis Maulud itu bukan sahaja didapati oleh orang yang mengadakan majlis itu, tetapi seluruh ahli rumah atau orang yang tinggal di tempat itu turut mendapat keberkatannya.



Miss U

Siapa tak rindu anak ye,
sama la dgn koriee
koriee ditinggal kan oleh Aqil & Mama dia balik kampung
hanya beberapa hari saja,
tapi rindu apa bila kita keseorangan
apatak lagi setiap kali call, mama Aqil cakap, dia selalu menyebut papa..papa je
he....




ini semua gambar sebelum Aqil balik kampung

Thursday, March 5, 2009

Basar Sykil is Born

Anak siapa ni?
ah ha.. ini lah anak buah saya yang terkini (anak kakak saya kat batu caves)
name dia Bashar Syaakir (betul ke ejaan ni) apa2 lah
di lahir kan pada 27hb Feb 2009, Di Hospital Selayang
berat 3.0 kg, baby Boy.








Wednesday, March 4, 2009

Brisik Restaurant-Jaya One

Ah ha, kali ini saya nak bawa ke Restaurant Brisik di Jaya One, Petaling Jaya.
Apa yang best kat sini? saya pun tak tahu, 1st time datang, walaupun dekat dgn opis.
Restaurant ni, berkonsepkan makanan Indonesia skit, western pun ada jugak,
hari tu saya sekeluarga makan nasi goreng Thai, Makaroni Ayam & cendawan dan jugak Cendawan goreng. minum pulak kami oder Assam boi dan Durian Belanda,
Harga Dlm RM50.++