Thursday, March 12, 2009

Passion


Oleh: Irfan Khairi (jutawan internet)

Sering kali kita dinasihatkan untuk lakukan apa yang kita minat.Lakukan apa yang kita ghairah (passion)! Tetapi, mengapa? Mengapakita perlu lakukan apa yang kita minat? Mengapa kita perlu lakukankarier yang kita amat-amat sangat minat? Apa kata kita lihat dari sudut lain pula. Mengapa pula kita hendaklakukan sesuatu yang kita tidak minat? Dalam mencapai kekayaan dan kebahagian dalam hidup, ianya amatpenting untuk kita lakukan apa yang kita minat. Mulakan perniagaanyang kita mempunyai keghairahan dalam bidang tersebut. Untuk berjaya dengan cemerlang, jarang sekali kita akan jumpaseseorang yang melakukan apa yang mereka tidak minat. Pastinyausahawan jutawan yang kita kenali, semua mempunyai keghairahandalam perniagaan masing masing. Teringat saya kisah Bill Gates, salah seorang manusia paling kayadi dunia pernah berkata bahawa: "Kalau saya tidak mendapat walaupunsatu sen, saya masih lagi akan mencipta perisian komuputer!".Menunjukkan betapa ghairahnya Bill Gates dalam bidang menciptaperisian komputer. Kemudian, kita boleh lihat pengasas Dell Computers pula, MichaelDell yang menjadi bllionaire pada umur 30-an. Dell pernahmenceritakan bahawa "Ketika saya di sekolah menengah, saya membinakomputer untuk rakan-rakan secara percuma. Kerana membina komputeradalah minat saya!". Tidak dapat di nafikan lagi, keghairahan danminat Michael Dell juga membawanya kepada status billionaireseperti Bill Gates. Dan, pastinya semua mengenali Donald Trump, yang sememangnyamempunyai minat dan keghairahan pada bangunan-bangunan indah sejakkecil lagi. Kini, menjadi tycoon hartanah dengan berbagai-bagaibanggunan mewah serata dunia dalam portfolionya! Sering saya nasihatkan pelajar-pelajar universiti dan lepasanuniversiti untuk memulakan kerier dalam bidang yang mereka minat.Atau lebih baik lagi, menjadikan perniagaan yang mereka minatsebagai kerier pilihan. Ada juga yang melakukan kerja yang mereka tidak minat, tetapiterpaksa. Apa pula nasihat saya? Tidak seperti kebanyakan nasihat di luar sana, yang menagatakan"Jangan memilih kerja", nasihat saya pastinya berbunyi "Pilih kerjadengan tepat!" lakukan sesuatu yang didalam ruang minat kita sendiri. Apa yang akan terjadi sekiranya kita tidak memilih kerja dan"dipaksa" melakukan kerja yang kita tidak minat, kita sendiri akanterperangkap dalam keadaan tersebut untuk tahun-tahun yang akandatang. Terutamanya bagi muda-mudi, masih terdapat banyak ruang dan masauntuk memastikan karier yang dipilih adalah mengikut minat.Sekiranya terperangkap dalam kerier yang kita tidak minat,bahangnya akan terasa bertahun-tahun yang akan datang. Mungkin 3tahun, mungkin 5 tahun... atau mungkin 10 tahun akan datang dan dalamkeadaan itu, akan terasa pula perasaan "rugi" kalau berhenti danmelakukan sesuatu yang lain. Apa yang kita tidak mahu terjadi adalah apa yang bakal berlakudalam tahun-tahun yang akan datang. Pastinya kita tidak mahu dirikita terperangkap dalam keadaan kita siang dan malam melakukansesuatu yang kita tidak minat! Bagaimana kita hendak tahu sesuatu itu, sama ada kerier bekerjamakan kagi, atau karier sebagai usahawan menjadi keghairahan kita? Berikut adalah checklist untuk anda: * Apabila melakukan sesuatu yang kita ghairah, kita tidak sedarbetapa cepatnya masa berlalu! * Apabila melakukan sesuatu yang kita ghairah, kita rasa seronokdan gembira melakukannya! * Apabila melakukan sesuatu yang kita ghairah, kita tidak akanmerasa bosan melakukannya! * Apabila seseorang bertanya tentang perkara mengenai minat kita,kita akan mendapat sejenis tenaga dan dengan penuh keghairahanmenjawab soalan-soalan yang ditanya! * Apabila seseorang mengutuk atau mengeji perkara yang kita minatdan ghairah, kita akan rasa marah dan kita akan mempertahankannyabermati-matian! Ketika saya mengendalikan program radio saya menemubualusahawan-usahawan yang berjaya, saya pasti mendapat jawapan yangpanjang lebar apabila saya bertanya satu soalan yang pendek.Adakalanya, satu soalan pendek yang ditanya seperti "Mengapa andamemilih industri pengangkutan sebagai perniagaan?", jawapan yangdiberi tetamu sehingga memakan masa 10 minit! Menandakan betapaghairahnya tetamu saya tersebut dalam bidang perniagaan pengangkutan. Sememangnya tiada jalan lain, untuk mencapai kejayaan dalamkewangan dan juga kebahagiaan hidup, kita mesti melakukan apa yangkita minat dan ghairah. Ada juga yang melakukan apa yang merekatidak minat, tapi masih lagi memperolehi pendapatan yang lumayan.Tetapi, persoalannya adalah, adakah mereka bahagia dan seronokkerana terpaksa melakukan perkara yang tidak minat? Maka, kewanganberjaya, tetapi, kebahagiaan gagal. Semoga, kita tidak terperangkap dalam melakukan sesuatu yang kitatidak minat untuk seumur hidup kita. Lakukan keghairahan kita.



No comments: