Apa yang dijanjikan
kali ini lebih banyak cerita dan gambar semasa trip
ke Cameron Highland
bertolak ke cameron lebih kurang pukul 8.30pg di shah Alam,
kami sampai di puncak lebih kurang pkl 10.30pagi
destinasi pertama kami di perhentian ladang teh Bharat,
meniknati teh segar di tepi ladang teh sambil bergambar
destinasi kedua ke kasimanis strawbery farm disana pada pukul 11.30pg,meniknati strawbery segar dan jus yg enak,
seterusnya kami ke Ladang teh BOH di Sg.Palas, perjalanan yg agak sukar(jln yg sempit)
kami tiba di sana lebih kurang 12.40tgh.
walaupun jauh dan agak mencabar, kami berpuas hati dgn kesegar udara dan permandangan yg cantik,lihatlah gambar2 dibawah
Pusat teh BOH sg Palas
Permandangan dari puncak di tepi tea ria (cafe teh Boh)
pada sebelah mlm , kami bercadang untuk ke pasar mlm Di Berichang, tapi apakan daya,
Permandangan dari puncak di tepi tea ria (cafe teh Boh)
apartment 2 bilik kami sewa
lebih kurang 2jam 1/2 kami di ladang teh boh,
kami menuju ke apartment untuk berehat setelah sepanjang hari berjalan,
check in apartment dlm pkl 4ptg
malam tersebut hujan, kami hanya keluar untuk mendapatkan makan malam di restauran Masakan Thai sahaja dan pulang menonton AF he.....
Hari kedua di Cameron Highland
kami bersarapan pagi di Tanah rata sambil menikmati udara pagi yg segar, dan bersiar2 ditaman awan di Tanah rata
lebih kurang pukul 8.20 kami pulangke Apartment untuk berehat, dalam perjalanan sempat jugak kami bergambar di Smoke house, hotel ini memang cantik dan unit, dengan rekaan ala inggeris gitu
kami bercadang untuk pulang melalui jalan simpang pulai, semasa datang kami mengunakan laluan Tapah.ada kawan mencadang kan laluan simpang pulai lebih baik tetapi jauh sedikit bagi kami, sebelum pulang kami ada beberapa destinasi yg belom pergi, seperti Kea farm, yg mana kat sini banyak terdapat hasil2 pertanian seperti sayur-sayuran, bunga dan jugak strawbery dan jugak barangan cendera hati
bunga ros segar RM10 dapat 3 jambak murah kan
strawbery 3 RM20 yg besar @ 5 RM20 yg kecil
destinasi kami yg terakhir di Taman Ros, ingin melihat bunga Ros yg segar dan bermacam2 jenis, disini kami dikenakan bayaran masuk sebanyak rm4 untuk dewasa dan Rm 2 untuk kanak-kanak,kami habiskan masa di taman Ros lebih kurang 1jam dan kami bertolak pulang ke KL dalam pukul 2 tgh,
lepak2 dan solat kejap sebelum pulak ke PJ,
ini sahaja coretan saya kali ini, enjoy....
No comments:
Post a Comment