Saturday, May 9, 2009

Selamat Hari Ibu Semua..

10hb Mei bakal tiba esok hari..
ada apa ye dengan 10 mei? he.. bagi yang mengetahui..
tunjukkanlah kasih sayang dengan seikhlas hati buat orang yang paling berjasa dalam hidup kita ini..
tanpa beliau.. kita tidak akan berada disini
dan.. membaca blog saya ini.. herm..
entry kali ni saya ingin menyatakan betapa bersyukurnya saya, kerana atas ajaran dan bimbingan ibu saya Asiah, alhamdulillah, saya membesar sebagai seorang insan yang tahu menghargai wanita dan menghormati mereka sewajarnya..
melihat bagaimana isteri saya melahirkan anak kami, memberi kesedaran akan susah payah seorang ibu demi melahirkan satu nyawa tanda cinta antara sepasang insan bergelar suami dan isteri..
justeru, sempena hari ibu ini, semua anak2, semua para suami, lihatlah insan yang selama ini berada disisi anda membesarkan tanda2 cinta anda berdua, membesarkan anda, lihatlah mereka,
dan ucapkanlah.. "Selamat Hari Ibu mama/sayang".
Percayalah, biarpun sekadar ucapan,
ia sudahpun menjadi satu pengiktirafan
tertinggi buat ibu2 di luar sana..
"Hargai mereka selagi terdaya..
selagi masa masih menyebelahi kita"


No comments: